Skip to main content

“Pelakon Itu Goda Suami Saya,” Isteri Dedah Kecurangan Aliff Aziz, Kantoi Banyak Kali

Anak mereka baru berusia 20 hari tetapi isteri Aliff Aziz, Bella Astillah telah dikasari oleh suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dalam satu pergelutan di sebuah bilik karaoke di Cheras. Cerita Bella:
Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.
Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.
Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,.
Apa yang lebih menarik, melalyu Harian Metro, Bella mendedahkan yang Aliff sebenarnya sudah banyak kali kantoi curang dengannya, malah Bella mengetahui hubungan Aliff dengan pelakon itu semasa dia masih sarat mengandung tetapi dia memaafkan Aliff sebelum ini.
Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.
Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Alif lagi tetapi dia tidak peduli.
Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.
Cerita Bella, Aliff dan pelakon itu yang bergandingan untuk sebagai pelakon utama untuk drama Izinkan Aku Mencintaimu yang bakal bersiaran di RTM bukanlah sekadar kawan biasa:





Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp.
Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.
Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang.
Tinjauan penulis mendapati Aliff dan pelakon wanita itu dikecam teruk Netizen di ruangan komen Instagram mereka, tetapi pelakon wanita terbabit telah pun menutup fungsi komen di kebanyakan gambarnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan tersebut, menurut Utusan Onlinebeautifulnara.com

Comments

Popular posts from this blog

(TAHNIAH)Yunalis Zarai & Adam Sinclair Selamat Bertunang

Jutaan tahniah diucapkan kepada Yunalis Zarai dan Adam Sinclair yang telah pun selamat bertunang hari ini di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam. Sebelum ini, memang ada ura-ura mereka berdua bakal bertunang selepas hari raya Aidilfitri dan ternyata ura-ura tersebut adalah benar. Semoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jinjang pelamin. Kata Yuna:- Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya” Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah Tak sabar rasanya menanti hari perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini. Sama-sama kita doakan. Tahniah sekali lagi buat Yuna dan Adam.

Campak Telefon Bimbit Ke Wajah Isteri Hingga Cedera, Aliff Aziz Ditahan Polis

Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, yang telah ditahan polis kerana mencederakan isterinya, Bella Astilla, 23. Bella yang baru melahirkan anak mereka dan sedang dalam tempoh berpantang cedera di muka dan lutut akibat dibaling telefon  oleh Aliff yang berang kerana Bella menangkapnya berduaan di sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras, dengan seorang gadis. Menurut  Utusan Online , Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras  mendakwa dia telah dipukul oleh Aliff. Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain. Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti. Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas te...