Skip to main content

(TAHNIAH)Yunalis Zarai & Adam Sinclair Selamat Bertunang

Jutaan tahniah diucapkan kepada Yunalis Zarai dan Adam Sinclair yang telah pun selamat bertunang hari ini di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam. Sebelum ini, memang ada ura-ura mereka berdua bakal bertunang selepas hari raya Aidilfitri dan ternyata ura-ura tersebut adalah benar. Semoga dengan pertunangan ini hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jinjang pelamin.
null
Kata Yuna:-
Syukur Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya”
Berkat doa mereka, hari ini saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair. Saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat penyayang dan baik hati. Percaturan Allah itu memang sungguh indah
null
Tak sabar rasanya menanti hari perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini. Sama-sama kita doakan. Tahniah sekali lagi buat Yuna dan Adam.

Comments

Popular posts from this blog

“Pelakon Itu Goda Suami Saya,” Isteri Dedah Kecurangan Aliff Aziz, Kantoi Banyak Kali

Anak mereka baru berusia 20 hari tetapi isteri Aliff Aziz, Bella Astillah telah dikasari oleh suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dalam satu pergelutan di sebuah bilik karaoke di Cheras. Cerita Bella: Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu. Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,. Apa yang lebih menarik, melalyu  Harian Metro , Bella mendedahkan yang Aliff sebenarnya sudah banyak kali kantoi curang dengannya, malah Bella mengetahui hubungan Aliff dengan pelakon itu semasa dia masih sarat mengandung tetapi dia memaafkan Aliff sebelum ini. Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Sa...

Si Dia Dah Mula Ucap Rindu Tetapi Kita Perempuan Kena Jual Mahal Sikit – Fasha Sandha

Mungkin sedang merasa bahagia dengan lelaki yang hadir dalam hidupnya kini, pelakon Fasha Sandha nampaknya semakin terbuka untuk membicarakan hal peribadinya. Menurut Fasha, “si dia” sudah mula mengungkapkan perasaan rindu terhadap dirinya. Wah, bibit percintaan sudah mula timbul dalam hati ke tu? Sebelum ini, saya ada cakap kami berkawan rapat dan belum ke arah bercinta. Cuma, sekarang fasa hubungan itu adalah sudah berani cakap rindu. Tetapi apabila dia kata rindu, saya tidak terus balas. Kenalah jual mahal sikit kerana kita ini wanita. Apa pun, sekurang-kurangnya ada teman istimewa untuk ucap selamat pagi dan selamat malam di aplikasi WhatsApp. Hendak kata hati saya sudah dimiliki pun belum lagi. Antara sebab Fasha selesa berkawan dengan lelaki tersebut kerana beliau menerima anak-anaknya dengan baik. Menurut Fasha, lelaki yang berjaya mengetuk sedikit pintu hatinya itu bukanlah orang yang ternama sebaliknya hanya orang biasa sahaja. Harapnya Fasha ada jodoh dengan “si ...