Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, yang telah ditahan polis kerana mencederakan isterinya, Bella Astilla, 23. Bella yang baru melahirkan anak mereka dan sedang dalam tempoh berpantang cedera di muka dan lutut akibat dibaling telefon oleh Aliff yang berang kerana Bella menangkapnya berduaan di sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras, dengan seorang gadis. Menurut Utusan Online , Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras mendakwa dia telah dipukul oleh Aliff. Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain. Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti. Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas te...