Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, 26, yang telah ditahan polis kerana mencederakan isterinya, Bella Astilla, 23. Bella yang baru melahirkan anak mereka dan sedang dalam tempoh berpantang cedera di muka dan lutut akibat dibaling telefon oleh Aliff yang berang kerana Bella menangkapnya berduaan di sebuah bilik karaoke di Taman Shamelin, Cheras, dengan seorang gadis. Menurut Utusan Online , Bella telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras mendakwa dia telah dipukul oleh Aliff. Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain. Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti. Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas te...
Anak mereka baru berusia 20 hari tetapi isteri Aliff Aziz, Bella Astillah telah dikasari oleh suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dalam satu pergelutan di sebuah bilik karaoke di Cheras. Cerita Bella: Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu. Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,. Apa yang lebih menarik, melalyu Harian Metro , Bella mendedahkan yang Aliff sebenarnya sudah banyak kali kantoi curang dengannya, malah Bella mengetahui hubungan Aliff dengan pelakon itu semasa dia masih sarat mengandung tetapi dia memaafkan Aliff sebelum ini. Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu. Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Sa...